Tuesday 1 November 2011

NGALAU INDAH

permandangan menuju ngalau indah





Ngalau Indah atau kata lain nama gua Indah adalah gua batu kapur yang terletak di payakumbuh.



permandangan dalam gua dan batu ibu menangis




PEPATAH PETITIH MINANG


Adat minangkabau memang kaya dengan pepatah pepatih atau pepatah petitih. Sampai sekarang kalau di daerah minangkabau seperti Bukit Tinggi, pepatah petitih masih digunakan bukan sahaja dalam upacara tertentu seperti meminang tetapi apabila bercakap dengan seseorang didalam masyarakat tersebut pasti ada pepatah petitih yang digunakan.

contoh :
1. Anak nalayan mambaok cangkua, mananam ubi ditanah darek. Baban sakoyan dapek dipikua, budi saketek taraso barek.

Beban yang berat dapat dipikul, tetapi budi sedikit terasa berat.

2. Anak ikan dimakan ikan, gadang ditabek anak tenggiri. Ameh bukan perakpun bukan, budi saketek rang haragoi.

Hubungan yang erat sesama manusia bukan karena emas dan perak, tetapi lebih diikat budi yang baik.

3. Anjalai tumbuah dimunggu, sugi sugi dirumpun padi. Supayo pandai rajin baguru, supayo tinggi naikan budi.

Pengetahuan hanya didapat dengan berguru, kemulian hanya didapat dengan budi yang tinggi.

sumber : http://armenzulkarnain.wordpress.com/

Begitu juga orang minang menitiberatkan kesopanan selari dengan ajaran islam dimana tidak boleh makan sambil berdiri ataupun menyuakan tangan kiri dalam menunjukkan sesuatu.

MASJID/MOSALA/SURAU





terdapat banyak masjid/mosala di setiap kampung. Anak-anak lelaki secara tradisinya akan duduk tidur disurau untuk belajar. Banyak masjid dibina di atas derma.

Monday 31 October 2011

RUMAH BUYA HAMKA

Mengenali serba sedikit Buya Hamka / Profesor Hamka






Nama betulnya adalah Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Buya bermakna ulama di dalam bahasa indonesia. Buya Hamka adalah adalah antara ulama tersohor di Indonesia ini adalah berasal dari daerah minangkabau iaitu di danau Meninjau Sumatera Barat. Beliau banyak menghasilkan buku-buku dan tafsir yang terkenal seperti tafsir Al Azhar yang banyak menjadi rujukan.

Antara anugerah yang beliau perolehi

1. Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada 1959M.
2. Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada 1960M.
3. Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974M.




Dibawah adalah rumah yang dibina oleh kaum keluarga beliau untuk menyimpan khazanah
Buya Hamka.


kredit :almomentum.blogspot.com, wikepedia, hajibuyahamka.blogspot.com

SESUATU YANG MESTI DICUBA

Minum jamu gendong yang dibawa oleh peniaga berbangsa jawa. Gendong bermaksud membawa dengan mengangkat seperti mengendong anak.





he he tengok muka pun dah tau macamana rasanya tapi sihat..



The sweetness of Air avocado atau apokat di Indonesia



Teh telur ( teh taluar ) memang kaw dan sedap

Bait -bait lirik Lagu Ayam den lapeh - Elly Kassim




lagu ini adalah sebahagian daripada lagu yang dinyanyikan oleh Elly Kassim yang kemudiannya dipopularkan di Malaysia oleh Anita Sarawak menjadi sebahagian antara lagu-lagu lama yang menjadi dendangan mengubat kerinduan bagi anak-anak minangkabau yang merantau. Walaupun lagu ini adalah mengenai ayam yang lepas lari namun disebalik lagu-lagu ini mengingatkan akan jalan-jalan serta tempat-tempat di negeri Minangkabau.

luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima hati indak ka rusuah
Ayam den lapeh
Ai ai ayam den lapeh

Mandaki jalan Pandai Sikek
Manurun jalan ka Biaro
Dima hati indak ka maupek
Awak takicuah
Ai ai ayam den lapeh

(1)
Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Lapehlah juo nan ka rimbo
Oi lah malang juo

(2)
Pagaruyuang Batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo
Ai ai ayam den lapeh

Sunday 30 October 2011

Melancong Ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia Cara Homestay


salam, selamat datang ke website Melancong ke Bukit TInggi Padang Indonesia Cara Homestay. Kami menawarkan pakej menarik khusus untuk mereka di MALAYSIA.

Yakin kami pakej kami :
berbaloi, Selamat serta Menarik dan paling penting BOLEH DIPERCAYAI..