Tuesday, 9 July 2013

AGENDA LAWATAN 5 HARI 4 MALAM





 


 



Hari Pertama :


Tiba di Airport Padang, Solat dan Makan. Malin Kundang, Kampung Chino, Lembah Anai
Makan di Restauran Pak Datuak.  Silinduang Bulan, Pandai Sikek
TIba Malam/lewat petang ke Bukit Tinggi, Rehat Tidur

Hari Kedua :
 

Minum pagi di rumah. Ngalau Paya Kumbuh, Makan di Tabek Patah, Niko Industri Kampung,
Makan tenghari di tengah sawah di Pondok Flora.  Seterusnya di Istana Pagar Ruyung, Solat jemaah di Masjid, Pagar Ruyung  Singkarak, Makam Malam, sola magrib, pulang ke rumah ( Bukit Tinggi )

Hari Ketiga :
 

Koto Gadang, Sungai Landir , Kelok 44, Ambun Pagi, Danau Manin, menziarahi makam Prof Hamka dan melihat kampung Halaman Prof Hamka. Solat Zohor. Terus ke Bukit Tinggi. DI Bukit Tinggi - Lobang Jepang, Sianok.



Hari Keempat
 
Sarapan Pagi, Shopping Pasar Aur, Ambun Sari, Pasar Atas Jam Gadang, Benteng peninggalan Belanda, Solat Magrib di masjid, malam persembahan minang ( bergantung pada tarikh persembahan ) martabak


Sabtu:

 

Ke padang airport, dalam perjalanan makan  sate di padang panjang, makan bingka, pulang ke Malaysia

Wednesday, 1 February 2012

UNTUK PENIAGA KAIN BUKIT TINGGI





contoh baju bersulam bukit tinggi
sumber gambar : http://kainsulammurah.blogspot.com/2011/06/kain-sulam-bukit-tinggi-baju-kurung.html

gambar dibawah menunjukkan ramai peniaga berminat mendapatkan kain sulaman bukit tinggi







Bukit Tinggi terkenal oleh peniaga-peniaga di Malaysia samada yang berniaga ONLINE atau yang mempunyai kedai fizikal. Jika anda seorang peniaga, mengapa perlu membeli dari orang tengah, kami akan terus membawa anda ketempat di mana peniaga-peniaga berkumpul anda akan dapat harga yang terbaik untuk perniagaan anda...

nasihat saya :

Jika anda pergi sendiri tanpa penduduk tempatan jangan tersalah tempat beli di kedai yang mahal

Pakej 3 hari 2 malam akan menjadi medan anda memilih dan berdikusi dengan peniaga.Jika anda bernasib baik anda boleh menjadi pemborong sekali gus...

Tuesday, 1 November 2011

NGALAU INDAH

permandangan menuju ngalau indah





Ngalau Indah atau kata lain nama gua Indah adalah gua batu kapur yang terletak di payakumbuh.



permandangan dalam gua dan batu ibu menangis




PEPATAH PETITIH MINANG


Adat minangkabau memang kaya dengan pepatah pepatih atau pepatah petitih. Sampai sekarang kalau di daerah minangkabau seperti Bukit Tinggi, pepatah petitih masih digunakan bukan sahaja dalam upacara tertentu seperti meminang tetapi apabila bercakap dengan seseorang didalam masyarakat tersebut pasti ada pepatah petitih yang digunakan.

contoh :
1. Anak nalayan mambaok cangkua, mananam ubi ditanah darek. Baban sakoyan dapek dipikua, budi saketek taraso barek.

Beban yang berat dapat dipikul, tetapi budi sedikit terasa berat.

2. Anak ikan dimakan ikan, gadang ditabek anak tenggiri. Ameh bukan perakpun bukan, budi saketek rang haragoi.

Hubungan yang erat sesama manusia bukan karena emas dan perak, tetapi lebih diikat budi yang baik.

3. Anjalai tumbuah dimunggu, sugi sugi dirumpun padi. Supayo pandai rajin baguru, supayo tinggi naikan budi.

Pengetahuan hanya didapat dengan berguru, kemulian hanya didapat dengan budi yang tinggi.

sumber : http://armenzulkarnain.wordpress.com/

Begitu juga orang minang menitiberatkan kesopanan selari dengan ajaran islam dimana tidak boleh makan sambil berdiri ataupun menyuakan tangan kiri dalam menunjukkan sesuatu.

MASJID/MOSALA/SURAU





terdapat banyak masjid/mosala di setiap kampung. Anak-anak lelaki secara tradisinya akan duduk tidur disurau untuk belajar. Banyak masjid dibina di atas derma.

Monday, 31 October 2011

RUMAH BUYA HAMKA

Mengenali serba sedikit Buya Hamka / Profesor Hamka






Nama betulnya adalah Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. Buya bermakna ulama di dalam bahasa indonesia. Buya Hamka adalah adalah antara ulama tersohor di Indonesia ini adalah berasal dari daerah minangkabau iaitu di danau Meninjau Sumatera Barat. Beliau banyak menghasilkan buku-buku dan tafsir yang terkenal seperti tafsir Al Azhar yang banyak menjadi rujukan.

Antara anugerah yang beliau perolehi

1. Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada 1959M.
2. Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada 1960M.
3. Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974M.




Dibawah adalah rumah yang dibina oleh kaum keluarga beliau untuk menyimpan khazanah
Buya Hamka.


kredit :almomentum.blogspot.com, wikepedia, hajibuyahamka.blogspot.com

SESUATU YANG MESTI DICUBA

Minum jamu gendong yang dibawa oleh peniaga berbangsa jawa. Gendong bermaksud membawa dengan mengangkat seperti mengendong anak.





he he tengok muka pun dah tau macamana rasanya tapi sihat..



The sweetness of Air avocado atau apokat di Indonesia



Teh telur ( teh taluar ) memang kaw dan sedap