MELANCONG ke Bukit TInggi Indonesia dengan cara Homestay. Boleh Dipercayai dan Berbaloi. PROMOSI CUTI SEKOLAH DEC INI -- PAKEJ 5-6 ORG HANYA RM1800 SAHAJA....Maklumat langjut hubungi kami
RAHSIA BUKIT TINGGI, SUMBAR INDONESIA
Bercakap sahaja mengenai Bukit Tinggi serta Pagar Ruyung di Indonesia pasti orang akan kaitkan dengan budaya minangkabau, ranah Minang. Terletak pada aras ketinggian 909 – 941 meter atas dasar laut dan memiliki suhu antara 16 – 24 °C. Ia adalah salah satu bandar terbesar di provinsi Sumatera Barat, Indonesia, dengan jumlah penduduk sekitar 100 ribu orang dan kawasan seluas 25.24 km². Ia terletak di kawasan tanah pergunungan di Minangkabau dan berada 90 km dari Kota Padang, ibu kota provinsi Sumatera Barat. Gunung berapi yang terdekat adalah Gunung Singgalang (tidak aktif) dan Gunung Marapi (masih aktif). Pada masa penjajahan Belanda, bandar Bukittinggi dikenali sebagai Fort de Kock.
Budaya atau adat minangkabau secara amnya dirujuk kepada budaya di wilayah di Indonesia meliputi propinsi Sumatera Barat, bagian timur propinsi Riau, pesisir barat propinsi Sumatera Utara, bagian timur propinsi Jambi, bagian utara propinsi Bengkulu, pesisir barat daya propinsi Aceh, dan begitu juga Negeri Sembilan, Malaysia.
( sumber wikipedia )
Negeri Sembilan dan Bukit Tinggi dianggap sebagai kota bersaudara, mempunyai ikatan yang rapat serta persamaan budaya dari rumpun yang sama. Adat minangkabau adalah adat yang berlandaskan syariat ( adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah atau lengkapnya "Adat basandi syarak, syarak basandi kitabuLLah, syarak mangato adat mamakai" )dan tradisinya yang sangat unik menjadikan ia suatu yang harus pengunjung dekati sendiri. Di dalam suatu kampung daerah itu sendiri terdapat beberapa masjid/surau yang didirikan. Kebanyakan masyarakat minangkabau didaerah ini menjadikan pertanian( terutama padi ) sebagai punca pendapatan. Antara Perusahaan yang terkenal di Bukit Tinggi adalah bordil (jahitan sulaman), disini anda dapat lihat kegigihan wanita-wanita muda di dalam perusahaan ini.Ia menjadikan tarikan utama wanita dari Malaysia iaitu 'shopping baju sulaman '. Wanitanya juga gigih di dalam berniaga seperti yang kita lihat di Kelantan. Masyarakat minangkabau menitikberatkan kesopanan jadi anda akan merasa sentiasa dihargai.
Mempunyai panorama permandangan yang cantik( kehijauan padi, danau, air terjun ), cuaca yang sejuk( tak terlalu sejuk ) menjadikan sepanjang perjalanan anda mengasyikkan disamping menghilangkan kepenatan bekerja dan stress. Rumah-rumah disini juga unik dengan atapnya ditajamkan disebelah hujung menunjukkan simbolik masyarakat minang( rumah bogonjong). Ia melambangkan kerbau yang menjadi simbolik masyarakat minang. Di daerah minangkabau ini juga ( danau meninjau ) juga kelahiran ulama tersohor yang juga dikenali di Malaysia iaitu Buya Hamka/Prof Hamka. Sejarah perjuangan beliau dalam mengembangkan ilmu tercoret didalam buku-buku tulisan beliau. Antara buku tulisan beliau adalah tenggelamnya kapal van der wijck, tafsir Al Azhar.
Makanan minangkabau juga sudah terdapat di Malaysia ( Nasi Padang )cuma tidak semua menggunakan cara persembahan makanan dimana semua jenis lauk dihidangkan serentak untuk pelanggan ( bayangkan lebih 10 lauk untuk anda makan ) dan cara makanan diangkat ke meja makan anda. pengalaman ini hanya boleh dirasai disini. Tidak lupa juga sate minang/padang yang tidak asing bagi masyarakat minang. Avocado kalau di Malaysia anda gunakan sebagai masker tapi jika diolah sedikit ia menjadi minuman yang amat sedap sekali. cuba juga teh taluar ( teh telur ) lebih sedap dari teh tarik kerana ia kaw, bercampur dengan telur.
Tempat-tempat sejarah yang masih dipelihara yang terletak setempat di Kota Bukit Tinggi ( seperti lobang jepun ) yang dikatakan tempat orang dibunuh ketika zaman jepun dan dibuat ke gaung. Ketika berjalan di dalam lobang atau lubang bawah tanah ini anda rasakan anda berada di dalam zaman tersebut. Minda anak-anak anda juga akan
lebih cekap terutama dengan pelbagai ransangan dari permerhatian mereka.
Antara Tarian minangkabau: Randai, tarian piring.
Randai merupakan persembahan teater etnik Minangkabau yang menggabungkan seni muzik, tarian, drama, nyanyian dan pencak silat( wikipedia )
Tarian piring - menari menggunakan piring, pada akhir tarian penari akan memecahkan kaca dengan memijakkan kaca tanpa menggunakan sebarang alas kaki
Note : kredit kepada sumber gambar ini. wikipedia, payakumbuhtour.blogspot.com, gapnap.com
Subscribe to:
Posts (Atom)